Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut, Gandingan Trio Kelakar Yang Pasti Buat Anda Tergelak Besar!

Hiburan berunsurkan komedi seram kini muncul semula ke pawagam di rumah anda dan kali ini ia berbentuk filem yang berjudul Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut arahan pengarah Nazir Jamaluddin.

jangan takut: kau takut...aku pun takut, gandingan trio kelakar yang pasti buat anda tergelak besar!

Membariskan pelakon dan pelawak terkenal, filem Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut menyaksikan gandingan trio Amerul Affendi, Mark Adam dan Syuk Sahar buat pertama kalinya sebagai teraju utama dalam filem komedi seram.

Terdahulu, nama Amerul Affendi yang berbakat besar dalam lakonan sememangnya pernah meninggalkan impak menerusi salah satu watak yang pernah dimainkannya iaitu Mat Yam dalam Polis Evo.

Kali ini, beliau kembali mempertaruhkan bakatnya dengan menerusi gandingan bersama Syuk Sahar dan Mark Adam yang terkenal dengan ‘punchline’ dan jenaka bersahaja mereka.

Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut mengisahkan mengenai tiga sahabat karib iaitu Sarip, Dol dan Leman yang nakal dan suka mencuri serta menyakat penduduk kampung. Kerana sikap mereka itu, keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu.

Setelah gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga dihalau yang akhirnya membuatkan mereka bertekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

jangan takut: kau takut...aku pun takut, gandingan trio kelakar yang pasti buat anda tergelak besar!

Dalam perjalanan tersebut, Sarip mengajak bermain satu permainan yang mana mereka perlu berkongsi kisah seram dan sekiranya orang yang bercerita itu takut, dia harus keluar dari kereta tersebut.

Mereka yang berminat untuk menonton filem ini boleh menantikan tayangan perdananya di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami rasa berbesar hati melihat platform Astro First terus mendapat kepercayaan daripada penggiat seni tempatan untuk mempersembahkan karya mereka kepada penonton, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu mencabar ini.

“Sementara itu, pihak kami tidak akan henti menyokong rakyat untuk terus kekal berada di rumah dengan membawakan pelbagai lagi filem menarik untuk tontonan dan hiburan yang mampu membawa penonton keluar seketika daripada tekanan,” kata beliau.

Saksikan filem Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut yang akan berada di Astro First bermula 8 Julai 2021. Turut membintangi filem ini ialah barisan pelakon terkenal dan pelawak tanah air seperti Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim dan Along Eyzendy.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.