COVID-19: Pos Laju Menggantung Perkhidmatan Penghantaran Motosikal Melalui Pos Laju

covid-19: pos laju menggantung perkhidmatan penghantaran motosikal melalui pos laju

Pos Laju telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa akan menggantung perkhidmatan penghantaran motosikal melalui Pos Laju. Perkara ini akan dikuatkuasa di seluruh Malaysia.

Langkah ini diambil untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Selain itu, pihak Pos Laju berkata perkhidmatan penghantaran motosikal itu juga tidak memiliki sebarang kepentingan mendesak buat sementara waktu.

Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dipanjangkan hingga ke 14 April. Jadi, semua pihak diharapkan dapat memain peranan masing-masing dan terus patuh akan perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Jadi, tak payah lah korang nak pos motosikal waktu-waktu macam ni. Duduk je dekat rumah. Dah reda nanti, boleh lah sambung pos motosikal balik, ok?

 

covid-19: pos laju menggantung perkhidmatan penghantaran motosikal melalui pos laju