COVID-19: Malaysia Catat Jumlah Kes Sembuh Harian Tertinggi, Tahniah KKM!

covid-19: malaysia catat jumlah kes sembuh harian tertinggi, tahniah kkm!

Jam 5.30 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Dr Noor Hisham Abdullah telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini statistic kes harian COVID-19.

Bagi kes positif, 131 kes baharu telah direkodkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 3,793 kes. Daripada jumlah itu, 102 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapid an 54 daripadanya bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Untuk kes melibatkan kematian, satu kes baru telah direkodkan dalam tempoh 24 jam. Oleh itu, secara kumulatifnya Malaysia merekodkan 62 kes.

Bagaimanapun, KKM telah mencatat jumlah kes sembuh tertinggi bagi tempoh 24 jam dengan 236 kes. Maka, kes sembuh secara keseluruhan adalah sebanyak 1,241 kes.

Tahniah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia!

Buat kawan-kawan, kita boleh melawan virus COVID-19! Teruskan berada di dalam rumah, amalkan penjarakan sosial dan jaga kebersihan seboleh yang mungkin.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia