COVID-19: Malaysia Catat 150 Kes Positif Baharu Dan Empat Kes Melibatkan Kematian

covid-19: malaysia catat 150 kes positif baharu dan empat kes melibatkan kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini akan statistic terkini berkaitan COVID-19.

Berdasarkan sidang media yang diadakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, 150 kes positif baharu. Dengan jumlah tersebut, Malaysia telah mencatatkan 3,483 kes secara keseluruhan semenjak wabak itu tular.

Selain itu, 4 lagi kes kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 57 kes.

Dalam perkembangan yang lain pula, jumlah kes yang berjaya disembuh adalah 88 kes dan secara keseluruhannya 915 kes telah berjaya diselesaikan.

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia teruskan berada di dalam rumah kerana kita boleh menang melawan perang ini.

 

Sumber: Astro Awani