COVID-19: 170 Kes Positif Baharu Didaftarkan, 1 Kes kematian Baru Dilaporkan Dalam Tempoh

covid-19: 170 kes positif baharu didaftarkan, 1 kes kematian baru dilaporkan dalam tempoh

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini data berkaitan COVID-19. Menurut KKM, sehinga jam 12 tengah hari, hari ini, 170 kes positif baharu telah didaftarkan. Dengan jumlah itu, Malaysia telah mencatatkan 3, 963 kes secara keseluruhan.

Daripada jumlah itu, 2,579 kes sedang dirawat apabila Malaysia berjaya menyelesaikan 1,321 kes termasuklah 80 kes baharu untuk hari ini. 92 kes sedang menerima rawatan di ICU dan 50 kes memerlukan bantuan daripada alat pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam juga, KKM melaporkan terjadinya satu kematian mengakibatkan jumlah kematian keselurhan adalah sebanyak 63 kes. Menurut KKM, kematian yang berlaku adalah kes yang ke-3794. Beliau merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulaweisi, Indonesia baru-baru ini.

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia