COVID-19: 15 Daerah Disenaraikan sebagai Zon Merah

covid-19: 15 daerah disenaraikan sebagai zon merah

Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun membahagikan daerah yang mempunyai kes positif COVID-19 mengikut zon.

Sehingga hari ini, 15 daerah di seluruh Malaysia telah pun dikenalpasti dan dilabelkan sebagai zon merah iaitu bahaya.

Antara daerah yang berada di dalam zon tersebut isalah Petaling, Lembah Pantai, Hulu Langat, Seremban, Johor Bahru, Kluang, Kuching, Kota Bharu, Kepong, Kinta, Gombak, Klang, Titiwangsa, Tawau dan Hilir Perak.

Penduduk yang berada di dalam kawasan Zon merah haruslah mengikuti segala perintah kawalan pergerakan dengan lebih serius. Selain itu, ketua atau wakil keluarga sahaja yang dibenarkan untuk membeli barang keperluan harian. Mereka perlu menitikberatkan soal penjarakan sosial. Perkara yang paling penting semestinya kebersihan diri dan dalam rumah.

covid-19: 15 daerah disenaraikan sebagai zon merah

covid-19: 15 daerah disenaraikan sebagai zon merah