Kredit: odua/Freepik
Tinggal sebulan je lagi sebelum Ramadan muncul kembali. Korang dah ready ke tu nak menjalani ibadah puasa? Kalau belum, jom tengok apa je yang korang kena buat untuk bersedia:
#1 Puasa ganti
Korang yang ada skip berpuasa masa Ramadan yang lalu bolehlah start puasa ganti sebelum terlambat. Takut nanti tak sempat pulak.
#2 Puasa sukarela
Siapa yang beruntung dapat puasa penuh tu, apa kata korang mulakan berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis dan puasa hari putih (hari ke-13 hingga 15 dalam bulan Islam) pula? Selain dapat pahala, at least boleh bina kekuatan mental dan fizikal sebelum Ramadan tiba, sebab sesetengah orang akan rasa sakit kepala dan lemah masa minggu pertama puasa. Puasa sunat boleh membantu mengatasinya.
#3 Pilih pertubuhan yang ingin disedekahkan
Pahala makin banyak kalau bersedekah semasa bulan Ramadan. So ushar-usharlah pertubuhan kebajikan apa yang korang nak sedekahkan. Besar atau kecil nilai sedekah tu takpe, janji ikhlas.
#4 Rancang menu awal-awal
Plan menu bersahur dan berbuka awal-awal supaya tak kelam kabut. Beli bahan-bahan masakan kering yang tahan lama awal-awal agar tak ‘berperang’ di pasaraya kalau beli last minute.
#5 Fahami tentang pembayaran zakat kalau tiada pengalaman
Buat korang yang dah kena bayar zakat tapi tak pernah ada pengalaman bayar zakat sebelum ni, korang boleh mula belajar dan fahami tentang pembayaran zakat, contohnya di mana nak bayar (online je senang dan selamat sekarang ni), berapa jumlah kena bayar, dan sebagainya.
#6 Mulakan tabiat pemakanan yang lebih sihat
Ramai di kalangan kita yang dah target macam-macam bila tiba Ramadan, last-last kembali kepada tabiat lama jugak. So, better kalau korang mulakan target korang tu awal-awal, contohnya mulakan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.
Selain tu, korang yang aktif juga boleh mula tambahkan kekuatan dan meningkatkan kesihatan luaran dan dalaman korang dengan meminum jus kesihatan, contohnya seperti Jus Mutyara, khususnya buat kaum wanita sebab korang perlukan lebih tenaga masa Ramadan sebab selain berpuasa, korang kena uruskan rumah tangga, bekerja, dan menyiapkan juadah sahur/berbuka.
Jus Mutyara, resipi turun-temurun dari Sumatra, Indonesia
Kredit: Mutyara Beauty
Jus Mutyara ni merupakan resipi turun-temurun dari Sumatra, Indonesia. Ia diformulasi khas dengan herba-herba asli terpilih serta makanan sunah, termasuklah kurma, delima, madu, habbatus sauda, kunyit, halia, bawang putih dan lain-lain.
Antara manfaatnya pula termasuklah meningkatkan kesihatan luar dan dalaman kaum wanita dan menambahkan tenaga serta kecergasan terutama untuk wanita yang aktif setiap hari. Jus ini boleh diambil seawal usia 16 tahun.
Kredit: Mutyara Beauty
Korang boleh dapatkannya pada harga RM68 (botol sebesar 350ml) atau RM78 (sachet pack). Jom dapatkannya sekarang melalui pembelian online di laman Facebook Mutyara Beauty atau Instagram Mutyara Beauty!