5 Cara Untuk Korang Motivasikan Minda Di Waktu Pagi

5 cara untuk korang motivasikan minda di waktu pagi

Setiap kali bangun pagi mesti kita rasa malas dan demotivated gila kan? Rasa macam penat dan selalu terfikir ‘kenapalah aku nak pergi belajar/kerja?’

Ok, sebenarnya ada cara untuk korang buang rasa demotivated tu. Ini 5 cara yang korang boleh buat untuk terus rasa motivasi di pagi hari:

1. Tulis impian korang dan make sure korang nampak setiap kali bangun pagi

Minda kita ni kena selalu remind apa yang kita nak dalam hidup. Jadi, kalau korang nak terus bermotivasi tulis apa yang korang nak dalam hidup dan letakkan di tempat yang senang dilihat. So, setiap kali korang bangun pagi dan rasa tak ada motivasi, pandanglah impian dan cita-cita korang tu.

 

2. Fokus apa yang korang nak buat sepanjang hari

Fokus adalah satu perkara yang paling penting sekiranya nak berjaya. Kalau korang ada banyak benda yang kena buat, cuba selesaikan perkara yang mudah terlebih dahulu. Lepas tu, baru korang buat perkara yang agak sukar. Bijaklah susun priority dan masa.

 

3. Lakukan senaman ringan selepas bangun tidur

Benda ni pun dah dubiktikan oleh sains di mana sekiranya kerap melakukan senaman badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis chemical yang akan membuatkan korang rasa gembira.

 

4. Luangkan masa untuk belajar kemahiran baru

Seboleh-bolehnya cari masa dan cuba belajar kemahiran baru. Dengan cara tu kita akan rasa diri kita sangat berharga dan berkeyakinan tinggi. Jadi, kita akan rasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

 

5. Jangan terlalu serius dalam hidup

Satu benda yang korang kena tahu, hidup ni Cuma cementara. Jadi, tak payah nak serius sangat. Kalau korang ada apa-apa masalah, cuba jangan terlalu fokus kepada permasalahan tu. Sebaliknya, cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah.

Sumber: lifehack.org