Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber mengakui awal perkahwinannya bersama model, Hailey Bieber adalah sangat sukar dan mencabar.
Beliau yang kini berusia 27 tahun berkata, pada tahun pertama perkahwinannya beliau diuji dengan pelbagai dugaan apabila masih trauma untuk percaya seseorang dalam hidupnya.
Menurutnya lagi, ia disebabkan pengalaman dan kenangan masa lalu yang membuatkannya menjadi takut dan trauma.
"Tahun pertama perkahwinan saya sangat mencabar sebab saya sering teringatkan kehidupan lampau sehingga menjadi trauma. Dulu banyak kekurangan dari aspek kepercayaan.
"Saya akui dalam perhubungan sebelum ini saya tak suka nak beritahu kepada pasangan saya mengenai kepercayaan sebab ia sesuatu yang menakutkan. Lagipun kita tak nak mengecewakan pasangan kita dengan bercerita mengenai kepercayaan," katanya.
Namun kini, kehidupannya semakin sihat dan lebih positif berbanding dengan dirinya semasa diawal perkahwinan.
"Secara jujurnya, kehidupan sekarang lebih sihat dan positif. Saya juga banyak sibukkan diri dengan melakukan perkara yang baik,"
Terdahulu, Justin telah berkahwin dengan Hailey pada 13 September 2018, selepas laporan mendedahkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat.
Sumber: Refinery29