Tiktok Hadkan Masa 60 Minit Pada Pengguna Bawah 18 Tahun

Aplikasi sosial media terkenal, Tiktok kini akan menghadkan masa skrin selama hanya 60 minit kepada pengguna di bawah usia 18 tahun dalam beberapa minggu akan datang.

tiktok hadkan masa 60 minit pada pengguna bawah 18 tahun

Menurut kenyataan dibuat Tiktok, perubahan itu dibuat kerana wujud kebimbangan yang semakin meningkat daripada kerajaan mengenai keselamatan aplikasi berkenaan.

 

Malah, ramai ibu dan bapa berdepan kesukaran mengawal penggunaan aplikasi itu daripada anak masing-masing.

 

Ekoran masalah ini, Tiktok berkongsi makluman had selama 60 minit dan jika melepasi had tersebut, kanak-kanak dibawah umur akan diminta untuk memasukkan kod laluan untuk terus menonton.

tiktok hadkan masa 60 minit pada pengguna bawah 18 tahun

Bagi pengguna bawah 13 tahun, ibu bapa dan penjaga perlu menetapkan kod laluan untuk membenarkan 30 minit masa tontonan tambahan sebaik sahaja had satu jam telah dicapai.

 

Pengenalan had masa ini dibuat juga selepas rundingan Tiktok bersama penyelidik akademik dan pakar dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston.

 

Tiktok akan menghantar notifikasi mengenai perubahan had masa ini ke peti masuk akaun pengguna dalam masa terdekat.

 

Antara ciri keselamatan lain yang telah diperkenalkan Tiktok kepada akaun remaja adalah seperti menetapkan akaun kepada peribadi untuk pengguna berumur 13 hingga 15 tahun dan menyediakan pemesejan terus hanya kepada pengguna berumur 16 tahun atau ke atas.

 

Sumber: BBC