Tiada Lagi Pelekat ‘Roadtax’, Pemilik Kenderaan Boleh Guna Paparan Digital

Jika anda berhadapan dengan kesukaran untuk melekat dan mencabut pelekat ‘roadtax’ pada kenderaan anda, kini anda boleh menarik nafas lega selepas pengumuman dibuat oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke ini.

tiada lagi pelekat ‘roadtax’, pemilik kenderaan boleh guna paparan digital

Menerusi satu sidang media khas oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini, beliau mengumumkan pemilik kenderaan persendirian kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile JPJ.

tiada lagi pelekat ‘roadtax’, pemilik kenderaan boleh guna paparan digital

“Mulai 10 Feb 2023, pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia, boleh menggunakan mod paparan LKM Digital ataupun e-LKM dan LMM (Lesen Memandu Malaysia) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ, dibawah satu projek perintis yang dilaksanakan secara ‘in-house’ oleh JPJ.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan JPJ dan juga pasukan IT kita dalam JPJ kerana telahpun membangunkan aplikasi ini secara in-house” ujarnya.

tiada lagi pelekat ‘roadtax’, pemilik kenderaan boleh guna paparan digital

tiada lagi pelekat ‘roadtax’, pemilik kenderaan boleh guna paparan digital

Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu, oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya lagi.

 

 

 

 

Sumber: Astro AWANI

Foto: Pandulaju