Antivaksin Tak Senang Hidup, Semakin Banyak Negara Wajibkan Vaksin

Ekoran daripada ancaman varian Delta virus COVID-19 dan kearah kehidupan normal, kini semakin banyak negara mula mewajibkan vaksin COVID-19 kepada rakyat mereka.

 

New Zealand misalnya mula memperkenalkan polisi ‘Tidak vaksin tak boleh kerja’ kepada semua petugas kesihatan dan guru di seluruh negara berkenaan.

new zealand umum polisi ‘‘tak suntik vaksin, tak boleh kerja’’

Fiji pula menegaskan semua pekerja di sektor awam dan swasta boleh dibuang kerja jika gagal mendapatkan suntikan vaksin sepenuhnya sehingga November depan.

 

Amerika Syarikat pula mengumumkan mandat vaksin COVID-19 bagi sebahagian besar kakitangan kerajaan Persekutuan pada bulan lalu. Presidennya, Joe Biden mengarahkan majikan perlu mewajibkan pemberian vaksin kepada pekerjanya atau melakukan ujian saringan setiap minggu.

antivaksin tak senang hidup, semakin banyak negara wajibkan vaksin

Di Arab Saudi, semua pekerja yang sudah mengambil vaksin dibenarkan untuk kembali ke pejabat. Malah, mereka yang mahu ke premis kerajaan, sekolah atau menggunakan pengangkutan awam perlu menunjukkan bukti sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

 

Itali pula memperkenalkan dasar mewajibkan semua pekerja menunjukkan bukti vaksinasi, imuniti atau ujian saringan negatif COVID-19 sebelum dibenarkan bekerja. Pekerja yang tidak mempunyai ‘Pas Hijau’ akan digantung kerja dan mungkin akan diberhentikan.

antivaksin tak senang hidup, semakin banyak negara wajibkan vaksin

Perkara-perkara ini menyebabkan protes, dicabar di mahkamah dan beberapa kes turut dikritik segelintir pihak seperti golongan hak asasi manusia.

antivaksin tak senang hidup, semakin banyak negara wajibkan vaksin

Sementara itu, seorang profesor undang-undang hak asasi manusia di University of Liverpool, Kanstantsin Dzehtsiarou berpandangan mandat vaksin melibatkan isu hak asasi manusia.

 

Bagaimanapun, Dzehtsiarou berkata, hak berkenaan bukan mutlak yang mana kerajaan masih boleh campur tangan sekiranya ia diperlukan dan bagi tujuan menjaga keselamatan rakyat.

 

Sumber: [1]