9 Dari 10 Pekerja di Britain Mahu ‘Work From Home’, Alasannya Jimat Petrol

Sembilan daripada 10 pekerja di Britain mahu majikan mereka membenarkan bekerja dari rumah dengan alasan bagi menjimatkan kos gara-gara kenaikan mendadak harga bahan api khususnya petrol akhir-akhir ini.

9 dari 10 pekerja di britain mahu ‘work from home’, alasannya jimat petrol

Menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh agensi pekerjaan Ranstad, seramai 3,000 pekerja telah ditanyakan beberapa soalan berkaitan bekerja dari rumah dan kos sara hidup.

.

“Peningkatan harga minyak memberi tekanan lebih besar terhadap pekerja di Ireland Utara dan Wales berbanding mereka yang tinggal di London.

“Penduduk London mempunyai banyak pilihan pengangkutan awam yang disubsidi oleh kerajaan. Keadaan sebaliknya pula berlaku di tempat-tempat lain di Britain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Randstad, Victoria Short.

.

Kenderaan awam seperti kereta api pula berdepan dengan tempoh sukar kerana banyak jadual perjalanan perlu dibatalkan disebabkan kekurangan pekerja. Ia sekaligus menjejaskan minat pekerja lain untuk ke tempat kerja masing-masing.

.

Hasil daripada kaji selidik itu, sebanyak 86 peratus responden berkata mereka lebih banyak membelanjakan wang untuk membayar kos tenaga dan bahan api termasuk peningkatan dalam caj jalur lebar. Keadaan itu dapat diimbangi dengan menerusi bekerja dari rumah yang dapat menjimatkan perbelanjaan petrol, makanan, parkir dan kos pengangkutan awam.

.

Apa pula pendapat anda?

 Sumber: [1]