WhatsApp Group Kini Boleh Seramai 1,024 Ahli Kumpulan

WhatsApp dilaporkan bakal meningkatkan bilangan ahli kumpulan mesej berkumpulan kepada seramai 1,024 ahli.

whatsapp group kini boleh seramai 1,024 ahli kumpulan

Sebelum ini, kumpulan WhatsApp hanya membenarkan had seramai 512 ahli sahaja dan bilangan itu akan digandakan dalam kemaskini aplikasi itu minggu ini.

 

Untuk permulaan, beberapa pengguna aplikasi WhatsApp versi beta untuk Android dan iOS akan mendapat akses kepada ciri itu terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

whatsapp group kini boleh seramai 1,024 ahli kumpulan

Menurut info dari WABetaInfo, WhatsApp turut sedang mengusahakan ciri-ciri baharu seperti memberi admin kepada lebih banyak pilihan untuk menangani kumpulan besar, termasuk membina sistem kelulusan ahli kumpulan baharu.

 

Sebelum ini, WhatsApp turut membenarkan pengguna berkongsi fail sebesar 2GB menerusi aplikasi berkenaan.

 

Bilangan ahli kumpulan pada 2016 ditetapkan kepada 256 ahli sahaja, sebelum ditingkatkan kepada 512 ahli pada Mei 2022 dan kini digandakan lagi kepada 1,024.

 

Sumber: Astro AWANI