Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya 20, 21, 24 dan 25 April – MOT

Kenderaan barangan akan dilarang untuk menggunakan jalan raya berkuatkuasa pada tarikh 20, 21, 24 dan juga 25 April ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

kenderaan barangan dilarang guna jalan raya 20, 21, 24 dan 25 april – mot

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) pada kenderaan tersebut sebelum dan juga selepas perayaan Aidilfitri, dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman melibatkan jalan persekutuan.

 

Menurut kenyataan MOT, larangan berkenaan juga bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

kenderaan barangan dilarang guna jalan raya 20, 21, 24 dan 25 april – mot

"Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama 'road-ban' ini. Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu), had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80-kilometer (km) sejam di seluruh Malaysia," menurut kenyataan itu.

 

Dalam usaha untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

 

MOT memaklumkan larangan itu melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat).

 

Dalam pada itu, masa larangan sepanjang masa turut dikenakan kepada lori yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.

 

"Road-ban dari 12 tengah malam hingga 8 pagi pula dikenakan kepada lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).

"Masa larangan itu turut dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya," menurut kenyataan itu.

Lori kargo tanpa muatan serta lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah turut sama dikenakan masa larangan tersebut.

 

Tempoh larangan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu pula dikenakan ke atas kren bergerak dan lori pembancuh simen.

kenderaan barangan dilarang guna jalan raya 20, 21, 24 dan 25 april – mot

Sumber: MOT / Astro AWANI