Artikel ini ditaja oleh Honda Malaysia
Kredit: Suriyachan/shutterstock, Edit: SYOK BM
Asyik kerja je, sekali sekala dapat road trip dengan ahli keluarga atau member sekepala pun syok juga. Ada banyak lokasi yang korang boleh pilih bergantung pada minat masing-masing. Ada yang suka food hunting makanan terkenal setiap negeri. Ada pula yang sukakan aktiviti alam seperti hiking, berkelah di air terjun dan diving di pulau-pulau cantik dan tak kurang juga yang kaki shopping.
Bila dah road trip beramai-ramai ni, tentunya ada macam-macam perangai yang korang boleh jumpa, kan?
Ini antara ragam yang korang selalu boleh jumpa time road trip
#1 Kaki Tidur
Sepanjang jalan dia tidur, celik mata kejap lepas tu tidur balik. Tapi bila dah sampai tempat dituju, dialah yang paling letih mengalahkan pemandu.
#2 Mulut Murai
Pot pet, pot pet tak henti. Ada je cerita yang nak dikongsi. Orang macam ni memang happening. Dialah peneman driver sepanjang jalan. Barulah mata segar sepanjang pemanduan!
#3 Asyik Mengunyah Je
Orang yang suka mengunyah ni, dia juga pembekal makanan. Bila sebut je road trip, dia awal-awal dah prepare segala jenis ‘jajan’, coklat, kekacang, air minuman, jeruk dan sebagainya. Pendek kata takde yang lapar sepanjang trip.
#4 The Mastermind
Inilah dia perancang road trip. Dialah yang plan itinerari, tukang book hotel, tukang ‘google’ tempat-tempat mesti singgah sepanjang jalan dan tentunya tukang pandu arah.
#5 Kemas Tak Siap-Siap!
Yang ni jenis rileks. Dua minggu sebelum bertolak dia dah mula kemas. Sikit, sikit dia masukkan barang dalam beg, risau tertinggal katanya.
#6 Kalut Last Minute
Dari awal orang bagi tarikh dia rileks je, bila dah makin dekat mulalah kalut sebab semua pun tak siap lagi. Baju belum packing, cuti belum submit, ada kerja yang belum siap... Pendek kata memang kalut!
#7 Semua Nak Bawa
Jenis ni dia rasakan semua pun penting dan kalau boleh semua dia nak bawa. Dari baju, periuk belanga, ubat-ubatan sampailah ke tilam bantal. Trip sehari, macam seminggu! Kalau travel dengan jenis macam ni, korang memang kena bawa kereta yang ada tempat letak barang yang luas sebab barang dia je dah banyak.
Selain kena bawa kereta yang mempunyai tempat simpanan barang yang besar, paling penting waktu road trip ni tentunya keselamatan. Iyalah, dalam kita nak berseronok, jangan pula abaikan keselamatan.
Sebab itu korang kena drive Honda HR-V Serba Baharu
Kredit: Honda Malaysia
Honda HR-V Serba Baharu ni adalah model yang mempunyai fungsi Honda SENSING yang paling canggih setakat ini. Ini sebab kenapa korang kena miliki kereta ni!
#1 1.5L e:HEV Powertrain, 1.5L VTEC Turbocharged Engine & 1.5 i-VTEC DOHC Engine
Honda HR-V Serba Baharu ni dikuasakan dengan enjin 1.5L e:HEV Powertrain yang membolehkan korang tukar kepada 3 mod pemanduan untuk menyeimbangkan kuasa dan pengunaan minyak lebih efisyen. 1.5 VTEC Turbocharged Engine untuk meningkatkan performance dan 1.5 i-VTEC DOHC Engine.
#2 Ciri Keselamatan Honda SENSING
Model ini dilengkapi 9 ciri keselamatan Honda SENSING paling advance iaitu:
Kredit: Honda Malaysia
- Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan: Kalau korang drive terlalu rapat dengan pembahagi jalan, kereta korang tu automatik akan bertindak menolak steering korang ke tengah dan membrek.
- Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan: Kereta korang boleh kesan risiko pelanggaran dengan kenderaan lain dan memaklumkan kepada korang lebih awal.
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran: Kalau ada pertambahan risiko pelanggaran, brek boleh bertindak secara automatik.
- Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas: Kereta korang boleh inform korang kalau kereta depan korang mula bergerak.
Ciri lain termasuklah Lampu Tinggi Auto, Kawalan Pemanduan Adaptif, Sistem Mengikuti Kenderaan, Sistem Bantuan Kekal Lorong dan Amaran Keluar Lorong.
#3 Ruang Kargo Pelbagai Kegunaan
Kredit: Honda Malaysia
Bukan itu je, Honda HR-V Serba Baharu ni ada Ruang Kargo Pelbagai Kegunaan yang boleh diturunkan bagi memberi lebih ruang untuk korang letak barang. Ada 3 mod yang boleh korang pilih iaitu Mod Utiliti, Mod Panjang dan Mod Tinggi.
#4 Sistem Resapan Udara
Selain tu, HR-V Serba Baharu ni merupakan Honda pertama yang ada Sistem Resapan Udara bagi membolehkan korang tukar dari kitaran udara langsung kepada mod resapan untuk pengudaraan yang lebih baik.
#5 But Berkuasa Bebas Tangan Dengan Walkaway Close
Kredit: Honda Malaysia
Ha, ada lagi yang best dengan Honda HR-V Serba Baharu ni, kereta ni ada inovasi terkini yang membolehkan korang buka dan tutup pintu belakang tanpa menggunakan tangan. Jadi korang tak perlu susah-susah nak tekan mana-mana button atau cari kunci time korang bawa barang banyak.
Memang ohsem kan?
Apa lagi guys? Untuk info lanjut, jom layari laman web Honda atau kunjungi Pengedar Sah Honda yang terdekat. Honda HR-V Serba Baharu, Dominasi Prestasi.