Bumi Jadi Makin Panas, Fenomena El Nino Kini Dah Bermula! “2024 Akan Jadi Lebih Teruk.”

El Nino, satu fenomena cuaca di Lautan Pasifik, kini telah bermula dan meningkatkan suhu global serta perubahan iklim dunia.

bumi jadi makin panas, fenomena el nino kini dah bermula! “2024 akan jadi lebihteruk.”

Saintis dari Amerika Syarikat telah mengesahkan permulaannya dan mencadangkan bahawa ia boleh menjadikan tahun 2024 sebagai tahun terpanas, melampaui had peningkatan suhu 1.5 darjah Celsius.

 

Komuniti antarabangsa di bawah Persetujuan Paris ditubuhkan bertujuan untuk menghadkan peningkatan suhu global kepada di bawah 2 darjah Celsius atau lebih baik lagi 1.5 darjah Celsius dalam tempoh lima tahun berbanding tahap pra-industri.

 

El Nino nyata mempengaruhi corak cuaca global, berpotensi menyebabkan kemarau teruk khasnya di Australia dan sebahagian Asia, peningkatan hujan di bahagian selatan Amerika Syarikat, dan musim monsun yang lemah di India.

bumi jadi makin panas, fenomena el nino kini dah bermula! “2024 akan jadi lebihteruk.”

Peristiwa El Nino ini dijangka berterusan sehingga musim bunga berikutnya dengan kesannya secara beransur-ansur berkurangan selepas itu. Para saintis telah mengesan tanda-tanda El Nino dalam ramalan mereka selama beberapa bulan, menunjukkan peningkatan ketara. Mereka menjangkakan kemungkinan rekod suhu global baru pada tahun hadapan, bergantung kepada intensiti El Nino menjelang akhir tahun ini.

 

El Nino adalah gelombang yang paling kuat dalam sistem iklim bumi, dicirikan oleh tiga fasa yang berbeza iaitu panas, sejuk, dan neutral. Fasa panas berlaku setiap dua hingga tujuh tahun, melibatkan kemunculan arus lautan yang panas di pantai Amerika Selatan, merebak ke seluruh lautan dunia dan melepaskan jumlah haba yang besar ke atmosfera. Peristiwa El Nino sebelum ini, seperti pada tahun 2016, mengakibatkan tahun terpanas di peringkat global.

 

Saintis Amerika Syarikat mentakrifkan fasa panas sebagai suhu lautan yang melebihi norma sebanyak 0.5 darjah Celsius selama sebulan, disertai dengan tindak balas atmosfera.

bumi jadi makin panas, fenomena el nino kini dah bermula! “2024 akan jadi lebihteruk.”

Pada bulan Mei lalu, ciri-ciri diatas dilihat terpenuhi, menjurus kepada Pengurusan Oseanografi dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mengesahkan berlakunya El Nino. Walaupun ia kini merupakan isyarat yang lemah, saintis percaya bahawa ini adalah permulaan peristiwa El Nino yang semakin kuat. Sesetengah saintis juga meramalkan kebarangkalian sebanyak 84% bahawa El Nino ini akan melebihi kekuatan peristiwa sederhana menjelang akhir tahun ini. Tambahan pula, terdapat kemungkinan sebanyak 25% bahawa ia akan melebihi peningkatan 2 darjah Celsius dan memasuki fasa "Super El Nino".

 

Kesan peristiwa El Nino ini mungkin berterusan selama beberapa bulan dan akan dirasai secara global. Para penyelidik menjangkakan cuaca yang lebih kering di Australia dan sebahagian Asia, penurunan hujan monsun di India, dan keadaan kemarau yang lebih teruk di Afrika, seperti yang biasa berlaku semasa peristiwa El Nino sebelum ini.

bumi jadi makin panas, fenomena el nino kini dah bermula! “2024 akan jadi lebihteruk.”

Saintis juga memberi amaran tentang kesan El Nino kepada ekonomi dengan memberikan contoh El Nino yang melanda pada tahun 1997-1998 telah menyebabkan kerugian global melebihi USD$5 trilion dan ribuan kematian akibat ribut serta banjir yang teruk.

 

Selain itu, terdapat kemungkinan tinggi bahawa peristiwa El Nino pada tahun ini akan menjadikan tahun 2024 melebihi tahun 2016 sebagai tahun terpanas di peringkat global.

 

 

Sumber: Kosmo!