Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia Atas Nasihat Doktor

Peminat Justin Bieber kini terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melihat bintang kesayangan beraksi di Malaysia selepas beliau mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia, Justice World Tour.

justin bieber batal konsert jelajah dunia atas nasihat doktor

Berbaki beberapa negara Asia termasuk Malaysia, bintang sensasi itu terpaksa membatalkan penganjuran konsert bagi memberi perhatian kepada masalah kesihatan beliau.

 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Bieber yang baru sahaja mengadakan konsert di Brazil berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati kesannya kepada kesihatan terutama dalam usaha memulihkan masalah ‘kelumpuhan wajah’.

 

"Awal tahun ini, saya umumkan perjuangan melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada muka saya lumpuh.

"Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di utara benua Amerika.

"Bagaimanapun, selepas berehat dan mendapatkan nasihat doktor, saya sambung siri jelajah itu di Eropah dan mementaskan enam konsert yang akhirnya memberi kesan kepada saya.

"Hujung minggu lalu saya beraksi di Festival Rock In Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil," katanya melalui hantaran itu.

"Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi di konsert buat sementara waktu.

"Saya akan okay tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan," katanya.

"Terima kasih atas doa dan sokongan anda selama ini. Saya sangat sayangkan kamu,"

 

 

 

 

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengesahkan beliau menghidap Ramsay Hunt yang menyebabkan separuh wajahnya menjadi lumpuh.

kenali sindrom rasmay hunt yang dihidapi justin bieber