Kenali Sindrom Rasmay Hunt Yang Dihidapi Justin Bieber

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila selebriti dan penyanyi popular, Justin Bieber disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt.

kenali sindrom rasmay hunt yang dihidapi justin bieber

Sindrom itu telah mengakibatkan wajahnya lumpuh sebelah, hingga memaksa beliau menunda konsert jelajahnya tidak lama lagi.

 

 

Perkara itu jelas mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia hingga ada yang bertanya apakah sebenarnya sindrom ini dan bagaimana ia boleh berlaku?

.

Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) terjadi apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga seseorang. Selain ruam kayap, sindrom ini boleh menyebabkan lumpuh pada wajah dan kehilangan deria pendengaran.

kenali sindrom rasmay hunt yang dihidapi justin bieber

Ia terjadi disebabkan virus yang sama yang menyebabkan cacar air. Selepas cacar air hilang, virus itu masih ada dalam saraf dan boleh diaktifkan semula selepas beberapa tahun hingga menjejaskan saraf muka.

.

Terdapat dua simptom utama sindrom Ramsay Hunt iaitu ruam merah yang menyakitkan dengan benjolan berisi cecair di dalam dan sekeliling telinga serta lumpuh pada muka yang dekat telinga yang dijangkiti.

kenali sindrom rasmay hunt yang dihidapi justin bieber

Selain itu, simptom lain seperti berikut mungkin boleh terjadi jika anda menghidap sindrom Ramsay Hunt:

  • Sakit telinga
  • Hilang pendengaran
  • Berdering di telinga anda (tinnitus)
  • Sukar menutup sebelah mata
  • Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
  • Perubahan dalam persepsi rasa atau kehilangan rasa
  • Mulut dan mata kering

.

Bagi langkah pencegahan, vaksin cacar air boleh diberikan kepada individu untuk mengurangkan peluang dijangkiti penyakit ini. Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, vaksin kayap juga boleh disyorkan.

.

Segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan pada pakar jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kesihatan anda.

.

Sumber: [1]