WhatsApp Sedang Bangunkan 3 Fungsi Baru Ni! Excitednya Weh!

whatsapp sedang bangunkan 3 fungsi baru ni! excitednya weh!

Seiring peredaran zaman, aplikasi WhatsApp pun dah semakin berkembang. Kalau dulu hanya boleh hantar mesej je, lepas tu dah boleh video call dan sebagainya.

Tapi, tak sampai situ je sebab WhatsApp dilaporkan tengah membangunkan beberapa fungsi yang lain.

Menurut laporan India Express, buat masa ini WhatsApp masih dalam percubaaan untuk fungsi-fungsi ini. Tapi, mesti tak lama lagi akan hadir buat 2 billion penggunanya.

Jadi, ini 3 fungsi baru yang akan hadir di aplikasi WhatsApp

1. Menyokong Multiple Device

APA?! Fungsi ni paling best. Jadi, kalau korang ada banyak phone boleh la buka dekat mana-mana phone dengan hanya satu akaun. Jadi, tak perlu lagi nak kena ada nombor lain untuk aplikasi WhatsApp. Walaupun sedemikian korang jangan risau soal keselamatan sebab kalau korang buka je di phone lain, secara automatic dekat phone asal atau yang lain akan di log out.

2. WhatsApp QR Code

Menurut India Express, korang boleh tambah kenalan baru hanya dengan scan QR code ni je. So senang lah tak payah nak add as contact dulu lepas tu nak kena tunggu baru jumpa contax dalam WhatsApp kan?

3. Mesej Terhapus Sendiri

Ciri ini sama macam instastory di mana kandungan akan terpadam selepas 24 jam. Tapi, untuk WhatsApp ni korang boleh tentukan sendiri bila masa nak padam mesej tersebut. Jadi, kalau nak mesej tu dalam 10 minit je so selepas itu dia akan terpadam sendiri. Wow!

Sumber: Indian Express