Viral Golongan Kelasi Basuh Baju Guna Cara Ikat Tali & Basahkan Dalam Air Laut

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memperlihatkan rutin unik golongan kelasi yang menjalani kehidupan seharian mereka di atas laut.

viral golongan kelasi basuh baju guna cara ikat tali & basahkan dalam air laut

Video yang menangkap perhatian lebih dari 13 juta tontonan itu, menunjukkan mereka yang bekerja sebagai kelasi membasuh pakaian kerja atau pakaian keselamatan dengan memasukkannya ke dalam air laut dengan menggunakan ikatan tali bagi mengelakkan pakaian tersebut daripada dihanyutkan lautan.

Rupanya, pemilik akaun TikTok tersebut, Muhammad Rayhan Wadjidi, merupakan kadet tahap 3 dari Politeknik Sains Marin Makassar dan ini sedang menjalani latihan pelayaran di atas kapal TONASA LINE XVIII.

Rayhan turut menyambut pertanyaan daripada warganet yang tertanya-tanya sekiranya ia merupakan rutin golongan kelasi.

 

@wadjidi_ray

laut aku nitip wearpack, aku capek nyikatnya

♬ suara asli - Asenggol

 

“Sebenarnya untuk mencuci seperti itu, biasanya kelasi hanya mencuci pakaian keselamatan kerja yang dipenuhi minyak atau kotoran yang sangat kotor setiap hari. Jadi kelasi yang penat bekerja setiap hari lebih suka mengikatnya, kemudian mencuci seperti dalam video itu,” kata Rayhan.

Tambahnya, kapal tersebut bagaimanapun terdapat mesin basuh.

“Di atas kapal mesti ada bilik khas untuk membasuh pakaian, di dalam bilik itu sudah disediakan mesin basuh. Jadi kalau baju masih ada, macam mana kelasi basuh baju di bilik dobi,” katanya.

“Dan pada pendapat saya, mencuci seperti itu tidak berlaku setiap hari, kadang-kadang kerana di atas kapal sudah ada bilik dobi,” katanya.

Tidak ketinggalan, Rayhan turut menjawab soalan warganet yang ingin tahu tentang hasil cucian menggunakan kaedah seumpama itu.

Menurutnya, ia agak bersih namun meninggalkan kesan nipis pada pakaian.

 

Sumber: [1]