Umum tahu tentang kesan negatif tabiat merokok terhadap kesihatan tubuh badan manusia.
Antaranya, kanser paru-paru, serangan strok, penyakit jantung termasuklah tahap kesuburan.
Tapi, jangan terkejut kerana kajian terbaru mendapati, amalan merokok juga boleh jejaskan kesihatan mental remaja!
Kajian tersebut dijalankan oleh seorang professor di Hebrew University of Jerusalem ke atas 2,000 pelajar universiti di Serbia.
Keputusannya menunjukkan, pelajar yang merokok cenderung untuk alami depresi hingga 3 kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok
Golongan perokok ini juga mempunyai skor kesihatan mental yang rendah antaranya dari segi kecerdasan minda dan keupayaan interaksi sosial berbanding pelajar yang tidak merokok.
Sekarang dah jelas kan, merokok ternyata membawa keburukan bukan sahaja pada fizikal malah mental seseorang.
Di Malaysia, kerajaan pun dah mula ambil langkah proaktif dengan melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya larangan merokok di tempat makan bermula 1 Januari lepas.
Diharap dengan penguatkuasaan tu, makin ramai perokok prihatin dan peka dengan hak golongan bukan perokok untuk mendapatkan persekitaran yang sihat tanpa asap rokok.
Ingat, masih belum terlambat untuk berhenti merokok, guys!
#katakantidakpadamerokok
#jomjadimasyarakatprihatin