
Sedia maklum, kerajaan telah mewartakan 63 premis tambahan sebagai stesen kuarantin COVID-19 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1986.
Ia merangkumi beberapa lokasi pusat kuarantin di Kedah, Perak, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Selangor dan Johor.

Apa yang menarik perhatian, sebahagian daripada stesen-stesen kuarantin ini terdiri daripada hotel bertaraf lima bintang seperti Palace of the Golden Horses dan Sunway Resort & Spa di Selangor.
Turut tersenarai, beberapa hotel mewah lain di ibu negara seperti Four Points by Sheraton, Hilton Kuala Lumpur, Hotel Impiana KLCC dan Ramada Suites.

Langkah kerajaan menggunakan hotel sebagai antara pusat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ini disambut baik Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia.
Usaha mewartakan industri hotel dan inap desa sebagai pusat kuarantin itu akan membolehkan perkhidmatan itu terus beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Oleh: Shah Rahimin