Lepas Ni WhatsApp Dah Boleh Video Call Sampai 50 Orang

lepas ni whatsapp dah boleh video call sampai 50 orang

Baru-baru ni WhatsApp dah upgrade jumlah orang untuk video call daripada 4 kepada 8 orang. Tapi, yang terbaru, WhatsApp tengah membangunkan sistem yang membolehkan aplikasi itu membuat panggilan video sehingga 50 orang.

Bagaimanapun, fungsi tersebut akan menggunakan shortcut untuk ke platform Faceboo Messenger Room. Menurut WABeta, ciri ini sedang diuji pada WhatsApp web dan mereka bercadang untuk memperkenalkan ciri tersebut pada peranti iOS.

Buat masa ini, berdasarkan maklumat daripada WABeta, ciri tersebut boleh menjemput sehingga 50 orang bagi satu sesi panggilan video. Mereka akn dibawa ke private room melalui jemputan. So, hanya orang yang ada link jemputan sahaja boleh masuk ke room chat tersebut.

Ciri ini masih lagi dalam pembinaan bagi peranti Android. Jadi, untuk Android user sila bersabar ye. So lepas ni, boleh lah buat meeting secara video call melalui Whatsapp je.

Sumber: WABeta