Isteri Dikejarkan Ke Hospital Akibat Darah Beku, Justin Bieber Jadi Tak Keruan

Bintang popular dunia, Justin Bieber difahamkan berada dalam keadaan tertekan dan bimbang berikutan isterinya, Hailey Bieber yang dimasukkan ke hospital kerana darah beku pada Khamis lalu.

isteri dikejarkan ke hospital akibat darah beku, justin bieber jadi tak keruan

Menurut satu sumber yang memberitahu People, Justin sangat bimbang mengenai Hailey dan mengalami kesukaran menangani masalah kesihatannya.

“Hailey tidak mahu sesiapa bimbang tentangnya, tetapi ia adalah situasi yang menakutkan bagi mereka berdua,” jelas sumber itu.

“Justin masih sangat risau. Dia hampir tidak boleh tidur. Dia berjaga memperhatikannya semasa dia (Hailey) berehat.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Instagram pada Sabtu lalu, Hailey berkongsi bahawa dia berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

“Pada pagi Khamis, saya sedang duduk bersarapan dengan suami saya apabila saya mula mendapati simptom seperti strok dan dibawa ke hospital. Mereka mendapati saya mengalami bekuan darah yang sangat kecil pada otak saya, yang menyebabkan kekurangan oksigen, tetapi badan saya telah pulih sendiri dan saya pulih sepenuhnya dalam beberapa jam.”

Tambah Hailey, “Walaupun ini pastinya salah satu detik paling menakutkan, saya kini di rumah dan sihat, dan saya sangat berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga saya.”


Sumber: [1]