Setiap hari, kita mesti tertunggu-tunggu info terkini mengenai situasi Covid-19 di negara ini.

Bagaimanalah agaknya keadaan barisan petugas hadapan kita yang berhempas pulas setiap hari bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dihentikan.
Baru-baru ini, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat menyebabkan banyak barang keperluan untuk petugas kesihatan berkurangan antaranya sut PPE, pelindung muka penghawa dingin.

Hati orang Malaysia ni kan lembut, cepat tersentuh dan murah hati bila dengar berita2 mcm ni.
So, ramai yang tampil memberikan bantuan.
Antaranya, barisan ahli Malaysian Official Designers’ Association, yang terdiri daripada pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Datuk Radzwan Radzwill dan Melinda Looi.


Nama pun pereka fesyen, so, mereka telah menjahit sut PPE untuk digunakan oleh petugas kesihatan di hospital.
Lagi satu yang lagi tersentuh adalah penghuni penjara Penor yang turut menghasilkan 20 set sut PPE sehari hasil jahitan mereka.

Bukan tu je, pelajar universiti pun tak lepaskan pekuang untuk menyumbangkan tenaga mereka dengan membuat pelindung muka atau face shield.
Anataranya pelajar-palajar dari Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.


Alaaa so sweet.
Semangat macam ni lah kita nak guysss!
Hulurkan bantuan semampu dan seikhlasnya, sekurang-kurangnya ringan sikit beban barisan petugas hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.
Terima kasih, frontliners!
Oleh: Izzati Amir