Dua Lagi Fungsi Terbaru Yang Akan Ada Pada WhatsApp

dua lagi fungsi terbaru yang akan ada pada whatsapp

Uish, banyak juga fungsi baru pada WhatsApp ni. Tapi, semua ni masih dalam tempoh percubaaan. Dah sampai masanya nanti, barulah boleh guna, kan?

Biarpun masih dalam percubaan, namun fungsi ciri ini sangatlah menarik perhatian. Ini dua lagi ciri terbaru yang akan hadir pada aplikasi WhatsApp

In-app browser

WhatsApp sedang membangunkan carian dalam aplikasi. Jadi, kalau korang dapat link tu so korang tak akan dibawa ke mana-mana web browser lagi. Ciri ini dalam meminimumkan masa untuk membuka link tersebut. Ciri ini banyak digunapakai oleh aplikasi lain seperti Twitter dan LinkedIn.

Last Seen untuk orang tertentu je

Antara ciri paling menarik yang sedang WhatsApp cuba adalah last seen untuk kawan tertentu sahaja. Kiranya, kalau korang nak orang tertentu je bila korang last seen, korang boleh tetapkan beberapa orang sahaja. Perghhh ini yang paling tak sabar sebenarnya.

Sumber: Indian Express