Cara Mudah Menyemak Status Kelayakan Untuk Dana Bantuan Prihatin Nasional

Umum tahu, permohonan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 dan M40 kini sudahpun dibuka sejak 1 April 2020. 

Buat anda yang tak tahu macam mana nak check status, jangan panik! 

Di sini kami kongsikan cara-cara menyemak status kelayakan untuk Dana Bantuan Prihatin National secara dalam talian:

Langkah 1: Layari https://bpn.hasil.gov.my

Langkah 2: Masukan nombor MyKad, isi captcha dan kemudian tekan butang 'semak'.

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

Langkah 3: Sistem ini akan memaparkan keputusan permohonan iaitu Lulus, Tidak Lulus dan Tiada Rekod.

LULUS

Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda adalah lulus, anda boleh klik pada butang paparan maklumat.

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

Langkah 5: Klik Masuk untuk log masuk ke akaun. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda perlu mendaftar untuk akaun BSH / BPN.

Langkah 6: Ikuti arahan untuk log masuk ke akaun BSH / BPN anda.

Langkah 7: Sistem ini akan memaparkan jumlah wang yang anda layak perolehi serta nama dan akaun bank untuk wang masuk.cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

TIDAK LULUS

Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda adalah TIDAK LULUS, maka anda boleh klik pada bahagian 'Alasan'.

Langkah 5: Lengkap borang permohonan rayuan dan failkan rayuan selepas 10 April.

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

TIADA REKOD

Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda TIADA REKOD, anda boleh klik 'Permohonan Baru' dan serahkan semula permohonan tersebut.

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

Langkah 5: Anda perlu mengisi nama, nombor MyKad, jantina, alamat, kod pos, bandar, negeri, alamat e-mel, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan, nama bank, nombor akaun bank.

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

Langkah 6: Masukkan kod pengesahan dan pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat, kemudian klik 'Hantar'.

Langkah 7: Setelah melengkapkan permohonan, anda boleh memilih untuk mendaftarkan akaun BSH / BPN, supaya anda dapat menyemak hasil permohonan di kemudian hari.

Pengumuman Tarikh Tutup

cara mudah menyemak status kelayakan untuk dana bantuan prihatin nasional

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa semakan BPN boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April 2020.