Caprice Tamatkan Zaman Bujang, Wanita Kelantan Jadi Pilihan Hati

Penyanyi rap, Caprice, 33 menamatkan zaman bujang beliau bersama pasangan pilihan iaitu seorang wanita kelahiran Kelantan bernama Farra Inalis, 26, semalam.

caprice tamatkan zaman bujang, wanita kelantan jadi pilihan hati

Memetik laporan akhbar online tempatan, pasangan Caprice itu dikatakan seorang ibu tunggal dan mereka telah saling mengenali antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

Menurut pembantu peribadi Caprice yang mesra disapa Aiman, dia bagaimanapun menolak untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut dan lebih rela perkara itu dijawab tuan empunya badan sendiri.

“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin.

“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu sejak 10 tahun. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang hari ini.

“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” jelasnya.

 

Sumber: [1]