COVID-19: Tiada Tanda Virus Merebak Melalui Makanan

covid-19: tiada tanda virus merebak melalui makanan

Rentetan daripada isu penutupan perkhidmatan makanan bawa pulang di Ikea Tebrau disebakan stafnya disahkan terkena virus COVID-19, ramai yang tertanya adakah wabak ini boleh tersebar melalui makanan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau menyatakan masih belum tiada tanda bahawa virus tersebut boleh merebak melalui makanan.

"Kita belum dengar yang virus ini merebak menerusi makanan, tapi apa yang penting jika salah seorang pekerja positif, maka kita perlu saring kontak rapat di restoran itu," katanya pada sidang media harian pada hari Ahad yang lalu.

Sebaiknya, korang jagalah kebersihan dan kesihatan. Terusakan mencuci tangan dengan air dan sabun sama ada sebelum atau selepas makan. Kemudian, kurangkan sentuhan pada bahagian mulut, mata dan hidung.

Sumber: Astro Awani