COVID-19: Kos Rawatan Mencecah RM 150,000 Seorang

covid-19: kos rawatan mencecah rm 150,000 seorang

Antara sebab mengapa kita perlu berusaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 ni adalah kos yang tinggi. Selain merbahaya, kerajaan terpaksa menanggung jumlah yang sangat tinggi bagi memerangi gejala ini.

Seorang wanita dari Boston, Amerika Syarikat telah berkongsi pengalamannya menerima rawatan selepas beliau didapati mengidap COVID-19.

Pada awalnya, dia berasa sakit dada, sukar untuk bernafas dan migraine dalam satu masa. Jadi, dia terus mendapatkan rawatan. Doktor menyangka bahawa Askini mungkin mengalami kelemahan pada rawarab barunya, jadi dia dibawa ke bilik kecemasan di Boston. Doktor menyatakan dia mengalami radang paru-paru dan telah menghantarnya pulang ke rumah.

Beberapa hari kemudian suhu badannya telah menaik dan menurun dengan tidak menentu dan bahaya. Dalam masa yang sama beliau mengalami batuk yang teruk. Kemudian, doktor mengambil keputusan untuk menjalankan ujian sekali lagi.

AKhirnya, ujian kesihatan beliau keluar dan beliau didapati telah menghidap penyakit COVID-19. Apa yang paling membimbangkannya adalah, tatkala beliau meminta bil untuk melakukan pembayaran, beliau sangat terkejut kerana jumlahnya sebanyak $34,927.43 (lebih kurang 153 488.59)

Haaa tu di Amerika Syarikat tau di mana mereka terpaksa menggunakan insurans memandangkan kesihatan mereka tidak ditanggung oleh kerajaan. Tapi, di Malaysia ni kita kena bersyukur sebab semuanya ditanggung oleh kerajaan. So, korang kenalah bantu mengurangkan perbelanjaan negara dengan terus duduk di dalam rumah.

Sumber: TIME