COVID-19: Cuba Elak Kontak Rapat Dengan Haiwan- KKM

covid-19: cuba elak kontak rapat dengan haiwan- kkm

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan para pemilik haiwan agar sentiasa menjaga kebersihan haiwan peliharaan.

Selain itu, beliau yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia turut menasihatkan agar pemilik haiwan elak kontak rapat dengan haiwan yang dibela.

“Ini penting bahawa kita menyarankan orang ramai supaya cuba mengelak kontak rapat dengan haiwan kerana kemungkinan jika kita mempunyai kontak rapat dengan haiwan, jika haiwan Itu dijangkiti virus dan (jika) virus itu boleh memberi kesan kepada manusia, sebagai contoh koronavirus”

“Jadi, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan kita mengambil langkah pelindungan diri, selain mengekalkan tahap kebersihan diri. Jika tidak, kita boleh menjadi mangsa,” katanya pada sidang media harian, di sini pada Isnin.

Kalau korang jenis tak boleh nak berjauhan dengan haiwan kesayangan jadi selalulah bersihkan mereka. Bukan tu je, sebaiknya lakukan pemerikaan di klinik haiwan bagi memastikan haiwan tersebut bersih dan sihat.

Dalam perkembangan yang lain, seekor harimau Malaya betina yang dinamakan Nadia didapati positif COVID-19. Harimau yang berusia 4 tahun itu telah mengalami batuk kering.

Akibatnya, kakak kepada binatang tersebut, Azul dan dua harimau Amur dan tiga ekor singa dari Afrika turut di beri perhatian dan penjagaan sepenuhnya.

Sumber: Astro Awani