COVID-19: Seorang Pesakit Dari Kluster Tabligh Disahkan Meinggal Dunia

covid-19: seorang pesakit dari kluster tabligh disahkan meinggal dunia

Satu lagi kematian akibat wabak COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini. Menurut laporan, lelaki yang berusia 58 tahun itu merupakan cluster jemaah tabligh bagi kes ke-152. Beliau disahkan meninggal pada jam 6.27 petang.

KKM juga menyatakan, pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Selepas itu, beliau terus diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke ICU pada hari yang sama.

Sementara itu, ibu negara Indonesia, Jakarta telah mengumumkan darurat selama dua minggu bermula hari ini. Segala pusat hiburan seperti spa, panggung wayang akan ditutup bermula hari Isnin dan perkhidmatan awam juga akan dihadakan.

Sehingga hari ini, Indonesia telah mengesahkan 369 kes dengan 32 kematian. Daripada jumlah keseluruhan itu, Jakarta telah mencatatkan 215 kes dengan 18 kematian.

Sumber: KKM, The Straits Times