Bermula Esok, Tiada Caj RM1 Yang Kenakan Di ATM Sepanjang Tempoh PKP

bermula esok, tiada caj rm1 yang kenakan di atm sepanjang tempoh pkp

Bermula esok, 6 April pengeluaran wang ATM yang menggunakan MEPS tidak akan lagi dikenakan caj, RM1.

Ia akan berkuatkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter bank.  

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan penjarakan sosial apabila ingin mengeluarkan wang di ATM.

Orang ramai juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.

Sumber: Astro Awani