Beberapa Negeri Dah Umum Batal Bazar Ramadan

beberapa negeri dah umum batal bazar ramadanKemeriahan bazar Ramadan

Bulan puasa dah nak dekat. Tinggal tak sampai sebulan kita akan bertemu Ramadan. Tapi wabak COVID-19 ni nampaknya belum lagi nak ‘pergi tak kembali’ walaupun ada petanda makin reda. Kalau kita tengok dalam tempoh seminggu ni, beberapa negeri dah umum batal bazar Ramadan. Antaranya Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka, Selangor dan Kedah.

Memang sedih sebab bazar Ramadan ni dah jadi macam budaya kat Malaysia bila bulan puasa. Boleh kata semua oranglah termasuk pelancong luar suka pergi bazar Ramadan. Macam-macam ada. Kat sinilah kita akan jumpa lauk-pauk dan kuih-muih yang jarang ada kalau bukan bulan puasa.
 

beberapa negeri dah umum batal bazar ramadanbeberapa negeri dah umum batal bazar ramadan

Antara juadah yang dijual kat bazar Ramadan…sedapnya!

Tapi kita semua, rakyat Malaysia perlu menang perangmelawan COVID-19 ni. Jadi ada kebaikan dan hikmahnya kalau takde bazar Ramadan kali ni. Takpe tahun ni je…insya-Allah tahun depan jika jumpa semula bazar Ramadan.

Kalau ikut coretan warganet, nampaknya semakin ramai yang terima hakikat dan akur kesihatan semua lebih penting.

Korang pulak macam mana? Rasa patut tak semua bazar Ramadan kat Malaysia ni dibatalkan tahun ni?

Kalau ada masa free jom klik pautan ni untuk mengundi: klik sini

#kamicare #dudukrumah 

Oleh: KJ

Sumber: AWANI & internet