Pekerja Muka Masam Tak Boleh Masuk Pejabat, Kena Senyum Selalu

Pekerja di syarikat pengimejan dan optik, Canon di China dilaporkan hanya membenarkan pekerja mereka yang senyum dan bersikap positif untuk masuk ke pejabat.

pekerja muka masam tak boleh masuk pejabat, kena senyum selalu

Menggunakan kamera yang dilengkapi dengan program kepintaran buatan (AI), wajah pekerja akan dirakam terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke pejabat.

 

Selain itu, pekerja yang mahu menempah bilik mesyuarat juga perlu senyum ke arah kamera AI yang dipasang sebelum dibenarkan menggunakan bilik berkenaan.

pekerja muka masam tak boleh masuk pejabat, kena senyum selalu

Sistem kamera itu telah dipasang sejak tahun lalu bertujuan bagi mewujudkan suasana positif ketika bekerja.

 

Bagaimanapun, pekerja syarikat itu berkata sistem itu telah memanipulasi emosi mereka kerana terpaksa berpura senyum setiap kali ingin masuk ke pejabat atau menempah bilik mesyuarat.

 

Menurut jurucakap syarikat dalam satu kenyataan, kamera itu bukanlah untuk mewujudkan perasaan tidak sihat dalam kalangan pekerja, sebaliknya ia sebagai cara mewujudkan suasana ceria ketika bekerja.

pekerja muka masam tak boleh masuk pejabat, kena senyum selalu

“Kami mahu menggalakkan pekerja untuk mewujudkan suasana ceria dengan menggunakan sistem pengesan senyuman.

“Biasanya, orang ramai hanya segan untuk senyum, namun jika mereka sering senyum di dalam pejabat, mereka akan boleh mengekalkannya tanpa bantuan sistem tersebut, seterusnya mewujudkan suasana lebih positif dan ceria,” katanya.

 

Sebelum ini sebuah syarikat gergasi dari Amerika Syarikat juga pernah menggunakan sistem yang hampir sama dimana ia menilai produktiviti pekerja dan akan memecat mereka yang berada dibawah skala ditetapkan.

 

Sumber: Daily Mail