Bernilai Hampir RM300 Ribu, Inilah Dia PS5 Terbesar Di Dunia

PlayStation 5 (PS5) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment dan telah dilancarkan pada akhir tahun 2020.

bernilai hampir rm300 ribu, inilah dia ps5 terbesar di dunia
 
Ketika ramai masih teruja dengan konsol terbaharu dari Sony ini, lain pula ceritanya pada seorang Youtuber dari Amerika, iaitu Zachary “ZHC” Hsieh yang teruja berpeluang menghiaskan PS5 terbesar di dunia dengan ketinggian lebih 3 meter dan berat 230 kg.

bernilai hampir rm300 ribu, inilah dia ps5 terbesar di dunia
 
ZHC yang mempunyai lebih 19 juta pengikut di YouTube, menghabiskan 100 jam untuk menghias PS5 terbesar di dunia itu yang bernilai £50,000, atau kira-kira RM 279,462.00

bernilai hampir rm300 ribu, inilah dia ps5 terbesar di dunia
 
Ia bukanlah semata-mata replika PS5 terbesar, sebaliknya PS5 milik ZHC ini juga boleh dimainkan bersama controller Dualsense gergasi.

bernilai hampir rm300 ribu, inilah dia ps5 terbesar di dunia
 
ZHC turut menunjukkan beliau bermain permainan Minecraft menggunakan PS5 terbesar di dunia ini, dan rata-rata pengikut teruja melihat konsol gergasi berkenaan. Malah, konsol PS5 gergasi ini turut mendapat pengiktirafan dalam rekod dunia Guiness.

bernilai hampir rm300 ribu, inilah dia ps5 terbesar di dunia




Sumber: The Sun


 
ARTIKEL BERKAITAN