Bagi mengelakkan rasa bosan ekoran daripada penutupan zoo ketika musim pandemik COVID-19, pengurusan sebuah zoo di Republik Czech telah menggunakan aplikasi Zoom bagi menghubungkan cimpanzi di dua taman haiwan.
Pihak Taman Safari Dvur Kralove dan Zoo Brno telah memasang skrin besar yang dihubungkan kepada aplikasi berkenaan, supaya cimpanzi itu boleh berinteraksi sesama mereka.
Terpisah pada jarak 144 kilometer, cimpanzi bernama Dingo, Babeta, Bonnie, Suzi, Chispi dan Mat dilihat seronok apabila dapat berhubung sesama sendiri, meskipun ketika ini tiada pengunjung yang datang ke zoo disebabkan pandemik COVID-19.
Pada peringkat awal, haiwan tersebut mendekati layar dengan isyarat mempertahankan diri kerana menyangka ada cimpanzi lain cuba menceroboh kawasan masing-masing.
“Perlahan-lahan ia bertukar kepada corak ragam ‘saya sedang menonton filem’ atau saya sedang menonton televisyen’ apabila menyedari cimpanzi di layar skrin adalah rakan sejenis.
“Cimpanzi tersebut kelihatan seronok dapat berinteraksi sesama sendiri meskipun hanya menerusi layar skrin.
“Cimpanzi tersebut kelihatan seronok dapat berinteraksi sesama sendiri meskipun hanya menerusi layar skrin,” kata Ahli zoologi yang bertugas di Taman Safari Dvur Kravlove, Gabriela Linhartova.
Pihak zoo turut melakukan penstriman lansung menerusi laman web rasmi mereka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
Sumber: Kosmo!