Polis Buru Lelaki Kerana Menyembur Sperma Ke Arah Beberapa Wanita

 

polis buru lelaki kerana menyembur sperma ke arah beberapa wanita

Jijik! Seorang lelaki menjadi buruan pihak polis selepas melakukan satu perkara yang menjijikkan iaitu menyembur sperma ke arah beberapa orang wanita.

Dilaporkan, perkara menjijikan itu berlaku di sekitar Tasikmalaya. Berdasarkan pihak polis, sudah berbelas wanita menjadi mangsa lelaki tersebut.

Lelaki tersebut menjadikan wanita yang berdiri di tepi jalan ketika menununggu teksi atau ojek sebagai sasaran.

Kes itu mula mendapat perhatian setelah satu video yang dirakam oleh mangsa tular di media sosial. Video berkenaan jelas memaparkan suspek menyimbag sejenis cecair ke arah badan mangsa.

Berdasarkan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya, Asisten Komisioner Dadang Sudiantoro,

"Suspek menunggang motosikal jenis skuter dan memakai jaket kulit. Lelaki berkenaan mungkin berusia 20-an berdasarkan keterangan mangsa," katanya.

 

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN