Misteri Kanak-Kanak Melintas Gemparkan Pengguna Lebuhraya

Kelibat seakan kanak-kanak melintas lebuhraya pada waktu malam di Lebuh Raya Hume, selatan Sydney telah menggemparkan pengguna disitu.

misteri kanak-kanak melintas gemparkan pengguna lebuhraya

Mana tidaknya, kelibat itu telah menyebabkan seorang pemandu lelaki terpaksa mengelak daripada melanggar kanak-kanak terbabit selepas beliau melalui jalan berkenaan.

 

Susulan itu, lelaki yang dikenali sebagai Mitch Kuhne segera membuat laporan polis selepas insiden terbabit. Selepas lapan jam pihak polis cuba mencari kanak-kanak terbabit, nyata ia sia-sia dan tidak dijumpai.

 

Lebih menggerunkan, Mitch Kuhne berkata beliau ada menerima panggilan polis mengatakan bahawa kanak-kanak itu telahpun dijumpai, sebaliknya pihak polis Australia mengesahkan tiada panggilan sedemikian dibuat.

 

“Saya diberitahu oleh seorang anggota polis bahawa saya tidak perlu menghantar lokasi saya terserempak dengan kanak-kanak tersebut kerana dia telah dijumpai dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Saya mulanya amat risau namun berasa lega apabila mendapat tahu kanak-kanak tersebut telah dijumpai.

“Namun, kerisauan saya memuncak apabila polis mengatakan bahawa mereka tidak pernah memberitahu perkara itu. Ia amat mengejutkan kerana saya merekodkan perbualan tersebut!” katanya.

Menceritakan tentang insiden yang berlaku, Kuhne berkata beliau hampir melanggar sosok dipercayai seorang kanak-kanak melintas dihadapan kenderaannya. Risau dengan keadaan mangsa, Kuhne membuat laporan polis kira-kira jam 7 malam.

 

Beberapa anggota dikejarkan ke tempat kejadian namun gagal menemuinya dan polis menghentikan operasi pencarian pada jam 3.45 pagi Isnin lalu.

 

Sumber: NZ Herald

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN