Rakaman Kaki Berjoging Tanpa Badan Cetus Tanda Tanya

Satu rakaman video menunjukkan sepasang kaki tanpa badan sedang berjogging di sebuah laluan gelap telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

rakaman kaki berjoging tanpa badan cetus tanda tanya

Rakaman video pada lokasi yang tidak didedahkan di luar negara itu turut dikongsi dalam sebuah rancangan popular, The Hidden Undeebelly 2.0, memaparkan sepasang kaki tanpa badan muncul secara tiba-tiba di laluan pejalan kaki.

 

Video dirakam oleh seorang penduduk disitu yang secara kebetulannya merekod video anaknya sedang bermain dengan seekor arnab putih.

rakaman kaki berjoging tanpa badan cetus tanda tanya

Kelibat kaki tanpa badan itu hanya disedari perakam video selepas melihat arnab itu melompat secara tiba-tiba kerana terkejut dengan kelibat kaki yang melalui jalan bertentangan dengan lokasi rakaman.

 

Video berkenaan menjadi tular di media sosial, termasuklah mereka yang percaya ia adalah video hantu tulen, dan ada juga yang mempertikaikan kesahihannya.

 

Ada yang mendakwa ia adalah video suntingan efek kerana kanak-kanak yang berada berhampiran tidak pula menunjukkan reaksi takut, dan ada juga yang mendakwa ia adalah manusia yang sedang berjogging tanpa memakai baju.

Apa pula pendapat anda?

 

Sumber: [1]