Pejabat Diganggu Lembaga, Pekerja Sering Terdengar Bunyi Orang Menaip Keyboard Pada Waktu Malam

semakin buat t

Seorang lelaki telah menghantar satu tweet berbunyi, "SIAPA yang kerap kerja balik malam, confirm kena kacau..."

Lelaki yang dikenali sebagai Zakuan Zaidi itu telah menceritakan pengalaman mistik kepada mStar. Dikatakan kejadian tersebut berlaku pada bulan Julai yang lalu di sebuah pejabat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Pada awalnya, dia tidak percaya apabila isterinya menceritakan bahawa ada gangguan yang terjadi. Namun, selepas melihat rakaman CCTV, dia terpaksa mengakui perkara tersebut.

"Mula-mula dia (isteri) balik cerita, saya buat tak tahu, tak percaya. Siap buat lawak lagi. Esoknya dia tunjuk video CCTV.

"Saya kata biar betul ni? Apabila saya post di Twitter, ada orang kata nampak lembaga seperti budak kecil, ada yang kata macam puntianak.

"Saya baca-baca komen, yang kata tak nampak apa-apa pun ada. Saya sendiri mulanya susah nak percaya, sebab tak pernah alami sendiri," ujarnya.

Zakuan juga turut bercerita pekerja Bangladesh di pejabat tersebut mengalami ganguan yang sama. Disebabkan oleh itu, mereka takut dan memilih untuk tidak bekerja lebih masa hingga lewat malam.

"Mereka memang nak buat OT, tapi takut sebab selalu dengar macam ada bunyi sesuatu dalam pejabat. Pekerja Bangladesh ni di bahagian production, tapi mereka dengar macam ada orang kat dalam pejabat pada waktu malam.

Zaidi turut menceritakan mereka sering mendengar bunyi kerusi dan meja, bunyi orang sedang menaip keyboard dan bunyi printer. Ada dalam kalangan pekerja Melayu yang perasan akan kelibat tersebut namun mereka hanya buat tidak tahu sahaja.

Kejadian yang paling menggerunkan adalah apabila seorang kerani memeriksa CCTV. Awalnya dia berasa bengang kerana perfume di dinding sering terjatuh. Jadi, dia mahu memeriksa siapa yang sering mengganggu perfume tersebut.

Setelah melihat CCTV, mereka terlihat satu entity atau lembaga di dalam video tersebut seolah-olah menjadi punca kepada kejatuhan perfume itu.

Zakuan telah memuat video tersebut melalui akaun Twitternya. Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi. Ada di antara mereka yang menyatakan mereka ternampak seperti ada benda berwarna putih bergerak laju ke atas.

 

Sumber cerita dan gambar: mStar