Wanita Terkejut Ex-Boyfriend Menyorok Di Loteng Rumahnya Hampir Tiga Minggu

Menakutkan! Seorang wanita terkejut selepas mendapati bekas teman lelakinya, tinggal di loteng rumahnya hampir tiga minggu tanpa pengetahuannya.

Padahal, larangan untuk berada berhampiran bekas teman wanitanya telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Wanita yang namanya tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan memberitahu, sebelum itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena di dalam rumahnya.

Katanya, dia perasan ada perkara-perkara pelik yang berlaku disekeliling seperti pelapik mangkuk tandas di angkat ke atas dan terdapat selimut di atas lantai ruang bawah tanah.

Dia yang tinggal bersama anak-anak perempuanya menganggap dirinya terlalu paranoid, jadi dia mengabaikan perasaan itu dan tidak mahu menghubungi polis.

Pada 20 April, ketika wanita itu berada di dalam rumah dia terdengar bunyi bising yang datang dari tingkat atas dan memutuskan untuk naik dan check.

Ingatkan kucing tapi bukan. Ketika dia membuka pintu bilik tidur, dia mendapati bekas teman lelakinya berdiri di tengah-tengah bilik tersebut.

Cary Cocuzzi sedang berdiri sambil memandang ke arahnya.

Menurut wanita itu, Cocuzzi berlari ke arahnya dan menariknya. Mereka bergelut dan dia bagaimanapun berjaya melawan dan berlari ke luar rumah serta meminta jirannya menelefon 911.

Apabila polis tiba, mereka dapati lelaki itu sedang bersembunyi di bawah timbunan pakaian di dalam rumah.

Cary Cocuzzi memberitahu kepada pegawai bertugas yang dia penat menjadi gelendangan dan dia mahukan tempat tinggal.

Difahamkan, Cocuzzi telah dipenjarakan atas kesalahan mencuri dan melanggar undang-undang dan kini sedang ditahan di Penjara Allegheny County.

Wanita itu dikatakan menyesal kerana tidak bertindak mengikut nalurinya ketika merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Kejadian ini berlaku Pittsburgh, Pennsylvania.

Sumber