Seorang wanita berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika berada di sebuah hospital apabila terlihat sepasang kaki pucat berdiri disebalik tirai katil yang tertutup.
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu dikatakan terjadi kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan).
Menurut wanita terbabit, beliau terlihat sepasang kaki sedang berdiri dan tidak bergerak disebalik tirai sebuah katil pesakit bersebelahan dengan katil beliau.
Video yang dimuatnaik menerusi Tiktok telah menjadi perhatian ramai dengan pelbagai spekulasi berbeza.
Rata-rata warganet turut menyatakan rasa seram melihat kaki tersebut yang dikatakan bukan kaki manusia normal. Malah, ada juga yang berkata ia adalah kaki manusia kerana ia menyentuh lantai.
Apa kata anda?
Sumber: Tiktok