Seorang wanita berusia 31 tahun telah dikenakan hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menyamar sebagai seorang doktor dan kemudian pakar oftalmologi selama bertahun-tahun tanpa sebarang latihan perubatan.
Wanita yang dikenali sebagai Sonia dari Meaux, Perancis yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam pengurusan hartanah, telah mengambil kesempatan dengan memperoleh pendapatan yang lumayan sebagai doktor am.
.
Wanita itu memalsukan beberapa lampiran diploma dari Fakulti Strasbourg dan sijil palsu dari lembaga Order of Physicians, untuk mendapat pekerjaan tersebut. Nyata, beliau berjaya memperdaya semua orang meskipun tidak mempunyai kelulusan dan latihan dalam bidang perubatan sebelum ini.
.
Ketika menjadi doktor palsu itu juga, wanita berkenaan telah menjalankan 20 suntikan vaksin COVID-19 keatas pesakit, memberikan preskripsi ubat-ubatan meskipun pada hakikatnya beliau sendiri tidak tahu cara kegunaan ubat-ubatan itu.
.
Sepanjang kerjaya palsunya itu, Sonia berjaya memperoleh hampir 70,000 Euro (kira-kira RM 322,329) tanpa dikesan oleh sesiapa. Namun, gerak gerinya berjaya dikesan dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
.
Ketika dibicarakan, beliau menjelaskan sebab kenapa beliau memperlakukan sedemikian. Ia adalah bagi mendapatkan wang untuk membesarkan tiga orang anaknya di rumah. Kini, wanita itu dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.
.
Sumber: [1]