Tak Suka Manis Sangat, Wanita Ini Cuci Dulu Coklat Sebelum Makan

Peminat coklat pasti tidak senang melihat aksi seorang wanita di TikTok ini yang bertindak membasuh kepingan coklatnya sebelum makan.

tak suka manis sangat, wanita ini cuci dulu coklat sebelum makan

Menurut wanita terbabit, beliau membasuh kepingan coklat itu kerana tidak suka rasa coklat yang terlalu manis buatnya, selain untuk menjadikan coklat itu lebih sihat untuk dimakan.

tak suka manis sangat, wanita ini cuci dulu coklat sebelum makan

Lebih mengejutkan, trend membasuh makanan ini bukan sahaja dilakukan wanita terbabit, malah ia turut dibuat oleh beberapa lagi pengguna yang menunjukkan mereka membasuh makanan seperti biskut, Kit Kat dan Twix.

 

“Teman lelaki saya memberikan saya hadiah. Tapi coklat itu terlalu manis, jadi saya basuhnya dibawah air panas untuk rasa yang lebih sihat,” kata wanita itu. Nyata, tindakan wanita itu menimbulkan tanda tanya dan kemarahan ramai peminat coklat.

tak suka manis sangat, wanita ini cuci dulu coklat sebelum makan

Sebelum ini, satu video yang hampir sama menunjukkan seseorang membasuh Kit-Kat sebelum makan, hingga tinggal kepingan biskutnya sahaja.

tak suka manis sangat, wanita ini cuci dulu coklat sebelum makan

Sumber: Ladbible