Wanita Dua Rahim Kini Hamil Anak Kembar di Kedua-duanya

Seorang wanita berusia 32 tahun dari Alabama yang dilahirkan dengan dua rahim kini hamil anak kembar di kedua-duanya.

wanita dua rahim kini hamil anak kembar di kedua-duanya

Wanita yang dikenali sebagai Kelsey Hatcher berkongsi kisah ajaib itu di Instagram miliknya @doubleuhatchlings, mengenai dirinya yang mempunyai ‘uterus didelphys’.

wanita dua rahim kini hamil anak kembar di kedua-duanya

Keadaan yang jarang berlaku itu akan membuatkan seseorang wanita mempunyai rahim berganda, yang terjadi kepada 0.3 peratus wanita di dunia.

 

Menurutnya, ketika menjalai rutin ultrasound selama lapan minggu pada Mei lalu, juruterapi urut dan ibu kepada tiga anak itu baru mengetahui yang dia bukan sahaja hamil anak kembar, tetapi mempunyai janim dalam kedua-dua rahimnya.

 

Ujar Shweta Patel iaitu pakar perbidanan juga pakar sakit puan yang menjaga Hatcher di Universiti Alabama di Pusat Wanita & Bayi Birmingham, mereka terpesona melihat kejadian yang amat jarang berlaku itu dihadapan mata mereka.

wanita dua rahim kini hamil anak kembar di kedua-duanya

"Kami agak terpesona! Semasa ultrasound pertama itu, kami ketawa besar.

"Kemungkinan besar apa yang berlaku ialah dia berovulasi secara berasingan dan mempunyai satu telur turun setiap tiub fallopio, bermakna turun pada setiap sisi rahim, dan kemudian sperma bergerak ke atas pada setiap rahim yang berasingan dan persenyawaan berlaku secara berasingan," katanya kepada Good Morning America.

 

Meskipun sering dikaitkan dengan masalah komplikasi kehamilan, ketiga-tiga anak Hatcher sebelum ini dilahirkan sihat dan cukup bulan.

wanita dua rahim kini hamil anak kembar di kedua-duanya

Hasil pemeriksaan juga mendapati, kedua-dua anak dalam kandungannya di dua rahim membesar secara normal dan baik.

 

Beliau juga meletakkan harapan untuk bersalin secara normal untuk kandungan ini, meskipun sedar kaedah pembedahan perlu untuk satu atau kedua-dua kandungan tersebut.

 

"Setiap kali bertemu doktor, mereka akan beritahu 'kami tidak pernah mengalami situasi seperti ini sebelum ini, ini adalah kes baru untuk kami sama sekali'.

"Tetapi saya rasa saya mempunyai pasukan terbaik untuk ini, situasi dan saya berada di hospital terbaik di Alabama untuk bersiap sedia dengan apa yang berlaku," katanya lagi.

 

Sumber: ABC News