Viral Surat Cinta Buat Gadis Bernama Nita Ditampal Merata Di Tepi Sawah

Setiap orang pastinya mempunyai cara yang berbeza dalam mengungkapkan cinta masing-masing.

viral surat cinta buat gadis bernama nita ditampal merata di tepi sawah

Turut tidak terkecuali, seorang lelaki yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia ini yang menulis surat cinta dengan tulisan tangan.

Namun, tidak pula surat-surat tersebut sampai ke tangan si gadis yang disukainya, kerana lelaki ini sebaliknya, menggunakan dinding batu berhampiran sawah sebagai perantara.

Kesemua surat yang ditulisnya itu ditampal pada dinding-dinding batu yang berada berdekatan sawah sehingga menjadi tular.

Antara kandungan yang jelas tertulis dalam salah satu surat cinta itu termasuklah:

“Kepada: Nita. Nita, saya sekarang tahu perasaan tidak boleh dipaksa. Tetapi perasaan saya tidak dapat dipaksa Nit. Saya sungguh-sungguh mencintai dan menjaga anda sejak pertama kali bertemu dengan anda. Walaupun saya tahu mungkin anda lebih menyukai seseorang yang lain, tapi mengapa sepertinya anda memberi harapan dan nafas hidup untuk saya?”

Lagi surat cinta yang ditulis lelaki sama berbunyi:

“Kepada: Nita. Nita sebenarnya aku tak mahu terus seperti ini. Tapi aku tak ingin juga menulis seperti ini. Tapi perasaan tidak boleh dibohongi, aku sangat suka, cinta, sayang dan aku juga tidak menipu, bohong, main-main. Walau aku tahu kamu tidak akan memberi respons kepadaku, tidak apa-apa, itu hakmu. Tapi aku serius mahu hidup bersamamu.”

“Kepada: Nita. Nita, aku sebenarnya tidak mahu terus seperti ini. Tapi tolonglah hormati/hargai pendapat orang lain. aku tahu perasaan tidak boleh dipaksa dan ada pepatah yang mengatakan nasi sudah menjadi bubur. Maksudku, kau harus pertimbangkan dulu secara masak-masak tentang perasaanku kalau aku suka, cinta dan sayang ke kamu Nit.”

Kelihatannya, lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu mencurahkan sepenuh hatinya melalui tulis tangan sehingga menyebabkan kesan dakwat pen jelas dilihat melekat pada permukaan dinding terbabit.

Difahamkan juga, kertas-kertas yang digunakannya untuk menulis kesemua surat cinta itu telah berubah warna menjadi kecoklatan kerana faktor cuaca.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN