VIDEO: Wanita Menyanyi Di Kerusi 'Halimunan'?

Seorang wanita, yang juga ‘penghibur jalanan’ berjaya menangkap perhatian umum apabila dia menyanyi di khalayak ramai sambil membuatkan dirinya kelihatan duduk selesa di atas kerusi ‘halimunan’.

Mereka yang lalu-lalang di sekitar kawasan kejadian tersebut turut sempat merakamkan kejadian yang dianggap ‘menakjubkan’ itu, hinggakan ada yang mendekati wanita tersebut untuk memeriksa sekiranya benar dia duduk di atas kerusi yang mungkin tidak kelihatan pada orang ramai atau perkara tersebut hanya merupakan satu gimik!

Sekiranya ia merupakan satu bentuk gimik yang mana tiada sebarang kerusi digunakan pun, tidak dinafikan, wanita tersebut memang steady!

Dan yang pasti, ‘gimiknya’ itu berjaya menangkap perhatian orang lalu-lalang untuk berhenti dan melihatnya menyanyi biarpun sebentar.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN