Universiti Ini Tawar Subjek Penulisan Lagu Taylor Swift

Terdapat pelbagai bidang dan subjek yang ditawarkan di universiti.

 

Namun tahukah anda sebuah universiti di Texas kini menawarkan subjek khas iaitu penulisan lagu Taylor Swift kepada pelajarnya untuk musim luruh ini, menerusi kursus baharu iaitu The Taylor Swift Songbook.

universiti ini tawar subjek penulisan lagu taylor swift

University of Texas at Austin (UTA) memperkenalkan subjek dan kursus itu bertujuan membentuk pemahaman kritikal dalam membaca serta kaedah membuat kajian khususnya dalam kesusasteraan bahasa Inggeris. 

universiti ini tawar subjek penulisan lagu taylor swift

Pemilihan penyanyi Taylor Swift ini sekaligus meletakkan beliau setaraf dengan nama-nama lain seperti Shakespeare, Chaucer, Coleridge dan lain-lain.

 

Pelajar akan berhadapan dengan pelbagai lagu Taylor Swift seperti lagu dalam album Red (Swift's Version), Lover, Folklore dan Evermore.

 

Sumber: Sky News